CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dari sanubari hatiku

salam
~TQ sapa2 dok usya blog nie
~KATA HATI NURA apa yang saya fikirkan
~ada yang logik n ada yg x logik
~so, saya minta maaflah kalau apa yang sy fikir tak sama macam pendapat anda semua
~setiap orang pasti ada pendapat tersendiri, begitu juga saya
~klu sudi komen tau...
~TERIMA KASIH

Khamis, 29 Julai 2010

apa

apa yang ku rasa
tidak apa yang dia rasa
kerana cinta itu tidak boleh dipaksa

Selasa, 27 Julai 2010

Di Mana Cinta

Sabtu, 10 Julai 2010

*kehidupan_cinta_musuh_kekasih hati_sahabat_adik-beradik_ibu bapa*

kehidupan...dalam kehidupan ada suka dukanya... yang bezanya... adakah kita dapat menerima suka duka itu... kehidupan hanya sekali sahaja... tiada yang kedua atau seterusnya...

cinta... mempunyai pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat... setiap orang pasti ada pandangan yang tersendiri tentang cinta...begitu juga saya...

musuh...sememangnya kita akan berfikir musuh itu jahat... tetapi ada kalanya musuh juga boleh sahabat kita.... musuh juga boleh kekasih hati kita... dan musuh juga boleh menjadi diri kita sendiri... kadang kala musuh dalam diri kita lebih berbahaya....

kekasih hati... siapa yang tidak mahu ada kekasih hati... tidak kiralah dia adalah teman wanita/lelaki, suami/isteri kita atau orang lain...

sahabat...setiap manusia pasti ada sahabat...tidak kira kita rapat dengannya atau tidak...sahabat yang sejati apabila bersama kita suka dukanya dan menerima kita seadanya... bukan sahabat yang tinggalkan kita bila kita dalam kesusahan...


adik-beradik... saudara yang terdekat dengan kita... bersamanya... kita sering bergaduh, tempat memanja, tempat suka dan duka... tiada sebab yang boleh memutuskan persaudaraan denganya...

ibu dan bapa
... yang telah menyebabkan kita lahir di dunia ini...menyebabkan kita perlu menghadapi suka duka di dunia ini .... dan menyebabkan kita mengerti apa itu kehidupan... kadang kala bila kita rasa suka duka... ibu bapalah yang terdekat dengan kita.... yang memberi semangat dalam kejayaan kita ... dan memberi semangat untuk hidup di dunia ini...

Selasa, 6 Julai 2010

persahabatan

kadang kala aku terfikir gak lah. persahabatan nie macam roda gak. kadang2 kita gmbira dengan dia; kdang2 kita sakit ati ngan dia. bagi aku, aku xde lagi sahabat yang btl2 shabat sejati seperti mana org dok wal-walkan bahawa shabat yang sehidup semati. bagi aku terlalu susah nak jmpa sahabat yang macam itu.
susah sgt.

Sabtu, 3 Julai 2010

citer kat laman web nie mmg best
http://nasz-h.blogdrive.com

Sabtu, 19 Jun 2010

jatuh cinta dengan kawan baik

bila jatuh cinta
dan dia adalah kawan baik kita
mesti gembak
tak mustahir kita jatuh cinta dengan kwn baik kita sendiri
cinta tak kenal usia
cinta tak kenal erti sahabat
cinta tak kenal sapa
sebab kita cinta itu kenal kita
bila kita jatuh cinta dengan sahabat kita
mesti kita was-was
sebab adakah dia punya perasaan begitu pada kita
bila kita luah perasaan itu pada dia
mungkin kita fikir akan berlaku sesuatu pada persahabatan kita dengan nya
mungkin yang positif dan mungkin negatif
tapi bila kita yakin dia juga mempunyai perasaan yang sama
kita teruskan perjuangan kita untuk bersama dengannya
jika tidak
fikir lah masak2
dan faedah dan kesan yang kita dapat jika kita luahkan perasaan kita itu padanya

Ahad, 13 Jun 2010

Bila cinta kita ditolak

kadang2 cinta membuatkan seseorang sedih kan?
bila cinta kita ditolak
sedih
sememang sedih
tapi nak buat macam mana
cinta bukan boleh dipaksa
jadi
pasrah je lah
tapi jangan buat macam-macam lak
bila cinta ditolak
macam
kita permainkan perasaan orang lain
bunuh diri
tak akan bercinta lagi
dan sebagainya
cinta tukan anugerah
jadi kita kena hargailah
bila cinta kita ditolak
kita ambil kata2 semangat
"dah takde jodoh nk wat cm mna"
"mungkin ada org yg lbih baik utk aku"
"eleh, laki cam tu pon aku leh cari yang lain lah"
dan sebagainya
setiap manusia
pasti pasangan

so jgn risau klu kita xde psangan wak2 skg
mungkin esok ke
bulan depan ke
masa yang tentukan
so sabar je lah

Sabtu, 15 Mei 2010

apabila kita jatuh cinta

apabila kita jatuh cinta
mencintai seseorang yang mungkin bukan untuk kita
jangan kita bersedih
cinta itu sememangnya tidak boleh dipaksa
cinta itu tiada harga untuk mendapatkannya
cinta itu adalah perasaan yang halus
cinta itu kita tidak dapat dilihat
tetapi
dapat dirasai
cinta itu tidak semestinya indah
dan cinta itu juga tak semestinya derita

Jumaat, 30 April 2010

Jatuh Cinta

jatuh cinta??
adakah itu perasaan yang indah??
kadang2 mungkin ya
tapi
kadang2 tak juga
bila kita jatuh cinta dengan seseorang
orang tu OK
OK mcm kita kenal hati budi dia
perangai dia ok ngan kita
OK lah Cinta itu
tapi bila kita jatuh cinta ngan orang yang kita tak ngam
mcm kita selalu gaduh ngan dia
mesti perasaan kita mula2 tak sangka
sebab kita cintakan mangkuk hampeh tu (^ ^,)
huhuhu
cinta itu sememangnya unik

Jumaat, 23 April 2010

Emilia - big big world

Sabtu, 10 April 2010

mungkin kita tidak sedar

mungkin kita tidak sedar apabila kita jatuh cinta.
apabila kita mencintai seseorang tanpa kita sedari,
dan dia berlalu pergi meninggalkan kita
baru kita sedar yang kita cintainya
tetapi sedaran kita itu sudah terlambat
sebab dia telah pergi meninggalkan kita
bila kita dengannya, kita rasa, dia tidak penting
tetapi bila dia pergi meninggalkan kita,
baru kita sedar yang dia amat penting dalam hidup kita.
pada mulanya dia rapat dengan kita, tetapi lama-kelamaan,
dia bersama dengan orang lain.
kita cemburu.
tetapi adakah cemburu itu tanda sayang?
atau mungkin tidak.
kita luah segalanya pada dia apabila kita menghadapi masalah,
tetapi adakah kita tahu masalahnya???
mungkin kita juga tidak sedar
yang dia juga mencintai kita

Selasa, 6 April 2010

cinta

cinta
ia datang tanpa diminta
dia pergi tanpa disuruh
cinta itu halus
jika kita lepaskan cinta itu pergi
ia akan berlalu
dan tinggalkan kita untuk selama-lamanya
cinta perlu kita dijaga
bukan untuk dibiarkan

bukan semua cinta
cinta pandang pertama
ada juga cinta
pandang pandangan benci
cinta tidak kira siapa
sahabat
pelajar dan guru
majikan dan pekerja
mahupun musuh
cinta tak akan memilih

munkin kita tidak sedar
bahawa
orang yang sering kita anggap sebagai sahabat
itulah cinta kita
kita juga mungkin tidak sedar
orang yang kita benci, meluat
adalah cinta sejati kita
kita tak sedar
mungkin
orang yang lalu disebelah kita
tanpa kita sedari
adalah cinta untuk seumur hidup kita
kita jangan terkejut
apabila kita mencintai seseorang
yang mungkin kita tidak sangka

tetapi
kadang kala
cinta itu juga memberi kita derita
perasaan cemburu
hasad dengki
dan sebagainya
apabila melihat pasangan kita mesra dengan orang lain
cinta juga memberi kesusahan pada kita
apabila cinta kita dengan dirinya
terhalang
terlalu banyak halangan untuk kita bersama dengannya
tetapi
mungkin kerana halangan tersebut
kita akan lebih menghargai pasangan kita itu
cinta itu sememangya unik
maksud cinta amat luas
setiap orang
memberi pandangan yang berbeza
tentang cinta



Sabtu, 3 April 2010

kehidupan

kehidupuan sememanya unik

tersangat unik

tak terkata

kenapa aku berkata begitu?

sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan

kehidupan manusia umpama roda

kadang kala kita akan bahagia dan juga rasa derita

adat kehidupan

prinsip aku

hidup umpama roda

kita akan rasa apa yang kita nak

tetapi kita akan rasa juga apa yang kita tak nak

walaupun pelbagai ujian yang kita hadapi

pasti ada hikmahnya disebalik ujian tersebut

ALLAH tak uji kita jika kita tidak mampu